1/28/2014

Empat Orang Kaya Kedayan Terbilang



| Orang Kaya Harimau Padang Taring |


  • Orang Kaya Harimau Padang Taring merupakan ketua kaum Kedayan yang menetap di Jerudong Brunei dan hidup pada abad ke 16.
  • Merupakan salah seorang panglima kepada Sultan Brunei Sultan Saiful Rijal.
  • Semasa Brunei diserang oleh Sepanyol pada Mac - Jun 1578 Orang Kaya Harimau Padang Taring dan orang-orang Kedayan dari Jerudong inilah yang bertanggung jawab melindungi Sultan Saiful Rijal.
  • Dikhabarkan di Jerudong inilah Sultan Saiful Rijal mengahwini Dayang Arfah. Tidak dapat dipastikan sama ada Dayang Arfah merupakan anak kepada Orang Kaya Harimau Padang Taring atau bukan kerana dalam tulisan lain ada yang menyebut isteri Sultan Saiful Rijal ialah Dayang Bongsu. Apa yang pasti kedua-duanya berbangsa Kedayan.
  • Walaupun sumber Perang Castille dari pihak Sepanyol berbeza dan menyatakan yang mereka berundur kerana wabak penyakit, dalam sumber tempatan tertulis yang Orang Kaya Harimau Padang Taring berjaya menombak sehingga mati seorang panglima perang Sepanyol, manakala Pangeran Bendahara Sakam pula berjaya menghalau askar Sepanyol hingga ke Nousung.

| Orang Kaya Kasim atau Pangeran Anak Kasim |

  • Putera kepada Sultan Saiful Rijal, saudara lelaki kepada Sultan Muhammad Hassan dan bapa saudara kepada Sultan Tengah Sarawak.
  • Pernah dijemput untuk kembali ke Brunei dari Jerudong oleh Sultan Muhammad Hassan dan ingin dianugerahkan gelaran Chetria Pangeran Anak tetapi beliau menolak dan sebagai ganti dianugerahkan gelaran Orang Kaya.
  • Ayah kepada Orang Kaya Besar Imas dan Pangeran Temenggong Sahibul Bahar Rajid.

| Orang Kaya Besar Imas dari Subok |

  • Anak kepada Orang Kaya Kassim dan merupakan Kepala Menteri Segala Kedayan.
  • Pengikut setia Sultan Muhyiddin dan 'master mind' dalam perang saudara 12 tahun di Brunei.

| Pangeran Temenggong Sahibul Bahar Rajid |

  • Anak kepada Orang Kaya Kassim dan saudara lelaki kepada Orang Kaya Besar Imas.
  • Dianugerahkan gelaran Pangeran Temenggong Sahibul Bahar oleh Sultan Muhyiddin di Lapau setelah menewaskan Pangeran Temenggong Raja Digayoh.