12/01/2013

Kedayan - Catatan Burbridge 1880


Di dalam bukunya The Gardens of The Sun, Frederick William Burbridge ada menyentuh perihal beberapa aspek tentang kaum Kedayan ini. Antaranya ialah :


| Muka surat 59 |

Rumah Kedayan 

... rumah daripada daun nipah, bertiang setinggi 6 kaki, sebatang kayu bulat sebagai tangga untuk masuk. Rumah paling besar ialah sepanjang 40 ela sehingga 50 ela, 14 kaki atau 15 kaki lebar, nampak masih baharu, bersih dan dalam keadaan yang elok. Didiami oleh saudara Bongsur, bernama Moumien.

| Muka surat 67 |

Kaum Kedayan merupakan kaum pribumi yang aman dan tersusun, menetap berdekatan ibu kota, dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang Melayu dan bertutur dalam bahasa mereka. Kebiasaan juga bagi kaum Kedayan yang lebih berusia mampu bertutur di dalam beberapa bahasa pedalaman seperti Murut, Dusun termasuk bahasa Brunei, bahasa yang dituturkan di ibukota. Mereka majoritinya beragama Islam dan amat dihormati oleh pembesar Melayu jika dibandingkan dengan kaum pribumi yang lain.

Mereka merupakan kaum yang pembersih dan sihat, jauh berbeza dengan jiran-jiran mereka dari kaum pribumi yang lain yang hidup dalam keadaan tidak teratur dan sering menghidap penyakit jangkitan kulit, di mana kebersihan dan diet yang teratur amat penting.

| Muka surat 68 |

Ekonomi Kaum Kedayan 

Mereka juga mengutip getah, coutchouc, kapur, rotan dari hutan untuk dijual di Labuan atau kepada peniaga China yang mendarat di pantai, untuk mendapatkan pakaian, senapang dan peluru, tembakau dan mana-mana keperluan lain sama ada buatan China atau Eropah.

Lelaki Dan Wanita Kedayan

Wanita mereka, mungkin antara yang terbaik dan terpintar di antara ke semua pribumi, dan sesetengahnya, amat cantik semasa usia muda. 


Wanita mereka mempunyai kebebasan yang luas dan tidak disisihkan seperti kebiasaan kaum Melayu di kawasan persisiran pantai.

Lelaki Kedayan hanya akan berkahwin dengan seorang isteri dan merupakan suami yang baik dan bapa yang effektif. 

| Muka surat 177 |

Biola Tradisional Kedayan 

Di dalam sebuah kampung Kedayan di Lawas, saya melihat sebuah biola, depan, belakang dan tepi, diperbuat daripada bilah-bilah nipis rotan, dan menghasilkan bunyi yang agak baik, dalam keadaan sedemikian.

| Muka surat 243 |

Permainan Sepak Raga Kedayan 

Pemain bermain dalam bulatan, tiga atau empat ela dalam diameter, dan bola akan disepak ke udara oleh pemain terdekat yang menerima bola ... dan permainan ini menyerupai shuttle cock di Negara China.


Sebenarnya ada beberapa lagi catatan Burbridge berkaitan kaum Kedayan ini, berkenaan tarian, alat muzik, nyanyian, perhubungan dagang mereka dengan kaum Murut, memburu punai, cukai oleh pembesar Brunei dan sebagainya. Untuk membaca penuh buku tersebut bolehlah KLIK SINI.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.