10/28/2013

Kedayan Dalam Perang Saudara 1845 - 1846



Perang Saudara 1845

1845

Dalam akhbar the Public Ledger pada Jun 3, 1845 tercatat berita berkenaan perang saudara di Brunei akibat perebutan jawatan Pangeran Bendahara di antara Muda Hashim dan Pangeran Usop. Muda Hashim agak dikenali dalam sejarah Sarawak memandangkan hubungannya dengan Raja James Brooke. Dalam rekod di atas, Pangeran Usop disokong oleh askar yang terdiri daripada kaum Kedayan.

Dalam catatan Kapten Keppel yang diterbitkan pada tahun 1846 pula menyebut, angkatan Muda Hashim diketuai oleh Pangeran Badrudeen dengan jumlah 1000 orang askar manakala askar Kedayan Pangeran Usop berjumlah 300 orang. Peperangan ini berlaku di Berakas Brunei. Dalam peperangan ini kaum Kedayan diampunkan dan harta benda mereka tidak dimusnahkan tetapi sebaliknya kepada Pangeran Usop. Namun Pangeran Usop berjaya melarikan diri ke Pulau Budokan dan seterusnya ke Kimanis, Sabah.


Brunei dikepung 1846.


1846

Namun pembunuhan keluarga Muda Hashim telah menaikkan kemarahan Raja James Brooke yang membawa kepada pengepungan bandar Brunei oleh tentera British. Pada 8 Julai 1846, Sultan Omar Ali Saifuddeen I terpaksa melarikan diri ke Damuan dan dilindungi oleh angkatan Haji Saman dan pengikutnya yang terdiri daripada kaum Kedayan. Dalam peristiwa ini, Sultan Brunei dipaksa untuk menandatangani surat penyerahan dan mengakui Raja James Brooke sebagai Raja Sarawak.



Nota :-

  1. Dalam tulisan lama nama Kedayan sering dieja Kadayan, Kadeian, Kadien, Kaydan, Kadyan dan sebagainya.
  2. Sumber tulisan The Public Ledger 1845
  3. Brunei in Times - Brunei in London News 2009, 
  4. The Daily Brunei Resources - A Battle in Brunei 2009.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.