10/27/2013

Rumah Kedayan 1896 - Dr Charles Hose


Gambar oleh Dr Charles Hose


Gambar ini diperolehi melalui laman web Wellcome Library London dan merupakan hasil rakaman Dr Charles Hose pada tahun 1896. Antara barangan yang terdapat di dalam gambar di atas ialah :-

  1. Takiding - bakul untuk mengangkut padi dan hasil tani
  2. Langguai - bekas yang diperbuat daripada gangsa atau tembaga.
  3. Penutup makanan. Contoh penutup yang berusia lebih 100 tahun di British Museum KLIK SINI.
  4. Gangsa - bekas makanan atau dulang yang berkaki.
  5. Tipa - tepak sirih
  6. Tajau
  7. Kaban - peti simpanan barangan atau pakaian.

Salah satu ciri terpenting di dalam rumah Kedayan lama ialah tiang tunggal atau tiang seri yang diberi nama Tihang Panyawaan. Tiang ini amat penting di dalam upacara-upacara pembinaan sesebuah rumah. Binaan lain yang penting ialah du'ong atau durong ( rumah padi ).




Nota :


  1. Sumber gambar Wellcome Image .
  2. Tiang Penyawaan. sumber Transforming Traditions : Architecture in the ASEAN countries. Jon Lin : ASEAN Commitee on Cultural and Informatin ( COCI ) 2001.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.