Dalam catatan John Whitehead menyebut : wanita Kedayan memakai kain biru gelap longgar, jaket dengan warna yang sama. Di lengan dihiasi dengan jalur putih dan merah serta loceng-loceng. Rambut ditutupi atau dibungkus oleh kain berwarna merah. Lelaki Kedayan pula memakai seluar longgar dan berjaket juga berwarna gelap.
Dalam bahasa Brunei dan Kedayan, loceng-loceng ini disebut Kubamban. Ada yang menyebut giring-giring. Model lain Baju Kubamban jenis baju kurung simpanan Muzium British koleksi sumbangan Dr Charles Hose akan dikongsikan dalam tulisan mendatang. Untuk imej baju Kubamban Kedayan yang berusia lebih 100 tahun yang terdapat dalam simpanan Muzium British sila klik sini BAJU KEDAYAN
Nota :
- Sumber gambar Exploration of Mount Kinabalu, North Borneo by John Whitehead.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.