| Kedayan Campuran Pribumi Brunei Dan Orang Jawa? |
Menurut tradisi lama, disebut yang kaum Kedayan ini berasal dari Tanah Jawa, tetapi dalam versi yang pelbagai. Dalam satu sumber, kaum Kedayan dikatakan berasal daripada pengikut putera raja Jawa bernama Raden Angsuka Dewa yang kalah bertarung ayam sabung dengan wakil raja Brunei, Awang Sinuai. Dalam satu sumber lain pula disebut, yang kaum Kedayan ini merupakan pengikut kepada Puteri Chanai Lela juga dikatakan puteri dari Tanah Jawa yang berkahwin dengan Sultan Bolkiah. Jika dilihat dari tarikh kejadian, kedua peristiwa itu berlangsung dalam jangka masa yang agak lama iaitu kira-kira 200 tahun. Jadi ada berapa suku Kedayan yang sebenarnya ?
Dalam satu pendapat lain, mereka memang berasal dari Tanah Jawa tetapi bukan berhijrah secara besar-besaran, cuma berlaku perkahwinan campur diantara orang Jawa dengan penduduk setempat di Brunei. Jika sumber pertama diambil kira, nenek moyang orang Kedayan itu ialah 42 orang pengikut atau pengiring Raden Angsuka Dewa yang sudah tentunya lelaki. Jadi untuk melahirkan keturunan, semestinya mereka ini akan mengahwini wanita-wanita Brunei, dan sebagai kelompok yang kecil sudah tentu mereka ini akan diasimilasikan kedalam keluarga wanita-wanita ini yang boleh jadi kaum Murut Brunei (Lun Bawang) atau kaum Bisaya.
Dalam satu sumber, pengikut-pengikut Raden Angsuka Dewa ini telah memasuki dan mendiami kawasan Limau Manis. Limau Manis di Brunei sekarang, majoriti penduduknya ialah kaum Kedayan tetapi beberapa abad yang lepas kawasan ini merupakan kawasan penempatan kaum Murut dan seterusnya Bisaya sebelum didiami oleh kaum Kedayan.
Sumber kedua pula menjadi persoalan, jika nenek moyang kaum Kedayan dikatakan telah bertapak di Brunei semenjak zaman Alak Bertatar lagi, bagaimana pula kaum Kedayan boleh muncul pada zaman Sultan Bolkiah ? Berkemungkinan besar, berlaku perkahwinan campur diantara pengikut puteri Jawa ini dengan penduduk setempat, jadi bagi yang susur galur nasab bapanya terus kepada pengikut ini, maka keturunan mereka akan mengaku berasal dari pengikut Puteri Chanai Lela. Dalam satu versi Puteri Chanai Lela bersama 7 pengiringnya ditemui di tengah lautan, dalam satu versi lain pula Puteri Chanai Lela yang disebut Puteri Lela Menchanai berasal dari kerajaan Sulu. Apa yang jelas, keturunan mereka ini, tidak mengamalkan kebudayaan Jawa, baik pakaiannya, baik wayang kulitnya, baik reognya, baik gamelannya, baik kuda kepangnya dan sebagainya. Kebudayaan yang menjadi ikon Jawa ini langsung tidak ditemui dalam kebudayaan kaum Kedayan.
Pendapat ini diperolehi melalui Buku The Oya Melanau tulisan Harold Stephen Morris yang memetik sumber - sumber Melanau :
Juga disebut :
Ada beberapa perkara yang menarik perhatian penulis berkaitan dengan asal usul bandar Brunei berdasarkan cerita lisan kaum Melanau ini. Diantaranya ialah, penduduk asal Brunei ialah kaum Kedayan dan penduduk pedalaman - mungkin Lun Bawang atau Bisaya. Alak Bertatar serta tujuh orang saudaranya membina rumah panjang. Rumah panjang juga merupakan identiti kaum Dayak. Dan seterusnya bahasa Kedayan Brunei sudah menerima pengaruh bahasa Melayu.
Perlu diingat juga yang kaum Melanau mempunyai hubungan sejarah yang agak panjang dengan kesultanan Brunei malah dalam syair Awang Semaun ada disebut kisah peperangan diantara kedua kerajaan ini yang mana berpuluh-puluh ribu kepala kaum Melanau telah dipenggal sebagai 'souvenior' oleh orang-orang Murut (Lun Bawang Brunei) yang menjadi tentera terpenting kepada angkatan Awang Semaun. Namun raja Brunei Alak Bertatar, enggan menerima kepala-kepala ini, baginda cuma berkenan akan harta rampasan perang. Di dalam Syair Awang Semaun disebut peristiwa kepala dipenggal ini:
Peristiwa serangan ke atas negeri Melanau di Igan. Sebelum menyerang Igan, kerajaan Brunei terlebih dahulu meminta kerajaan Tutong melalui wakil Pambakal Bangis untuk tunduk kepada Raja Alak Bertatar namun raja Muwangga menjelaskan yang mereka sebahagian dari pemerintahan raja Melanau iaitu Raja Basiung dan Tugaw. Amat jelas di sini angkatan tentera Brunei mengamalkan 'ngayau'. Dalam Syair Awang Semaun, tidak disebut nama bangsa pengasas kerajaan Brunei tetapi ramai pengkaji berpendapat mereka sama ada Murut (Lun Bawang) ataupun Bisaya.
Kalau kaum Kedayan itu asalnya kaum Dayak yang telah diislamkan, dari suku manakah mereka digolongkan ? Tidak ada kajian khusus mengenai status sama ada kaum Kedayan ini asalnya Dayak, tetapi berdasarkan maklumat yang berlegar dilaman sesawang, dari segi bahasa, dialek Kedayan ini juga amat mirip dengan dialek Dayak Kendayan atau Kanatyan, juga mirip dengan dialek Banjar dan beberapa suku kaum Dayak lain di Kalimantan.
Di Brunei misalnya,
Di dalam buku tersebut juga beliau menulis akan penemuan sebuah tapak perkuburan purba dengan tulang temulang di dalam tajau berhampiran dengan konsulat British yang berdasarkan maklumat setempat milik nenek moyang kaum Kedayan.
Malah beberapa suku Dayak yang lain di Sarawak turut mengakui yang Awang Semaun merupakan hero dari masyarakat mereka antaranya kaum Iban, Bisaya dan sebagainya. Malah dalam bahasa Murut (Lun Bawang di Brunei), semaun atau si maun membawa maksud Yang Sangat Lama atau The Ancient One. Sang Sapurba ??
Dalam kajian lain terdapat bukti yang menunjukkan ramai kaum lain telah berasimilasi ke dalam kaum Kedayan.
Jika di dalam artikel sebelumnya, penulis ada mengetengahkan peristiwa perang di antara Brooke dengan Brunei, buku The Continent Volume 4 tulisan Albion Wineger Tourgee dengan jelas menceritakan bagaimana rupa bentuk pakaian perang kaum Kedayan yang menyebelahi Pangeran Usop. Disebut :
Gambaran peristiwa di atas yang berlaku pada tahun 1846 mungkin sesuatu yang baharu bagi sesetengah kaum Kedayan itu sendiri. Gambaran pakaian yang digunakan ada sedikit mirip kaum Dayak cuma mereka tidak berchawat tetapi bersamping seperti kaum Melayu. Kemungkin mereka silap dalam menamakan kaum atau bangsa juga agak mustahil kerana selain dari tulisan di atas, tulisan lain juga menyebut yang peperangan tersebut ialah di antara Pangeran Usop yang disertai oleh 300 Kedayan dengan James Brooke dan pihak Pangeran Badrudeen dan Muda Hashim.
Selain dari Kedayan atau Kadayan yang berbudaya Brunei ini, ada beberapa suku kaum lain yang juga menggelarkan diri mereka dengan nama Kedayan/Kadayan pada suatu ketika dahulu. Antaranya ialah kaum Dusun Brunei, sebelum menggelarkan diri mereka Sang Jati Brunei, mereka menggunakan nama Sang Kedayan. Begitu jugalah halnya dengan beberapa suku kaum Dusun di Sabah. Sebelum penggunaan nama Dusun dipopularkan sesetengah kaum tersebut menggunakan gelaran Kadayan seperti Kadayan Rungus, Kadayan Tobilung, Kadayan Lotud, Kadayan Maragang dan sebagainya. Kadayan boleh dikatakan sama maksud dengan Kadazan. (sumber Dusun People)
Apapun yang pasti siapa nenek moyang kaum Kedayan itu masih menjadi misteri. Majoriti bersetuju yang kaum Kedayan itu lahir hasil perkahwinan campur diantara orang Jawa dengan kaum-kaum pribumi Brunei. Ada juga yang berpendapat kaum Kedayan memang penduduk asal Brunei dan merupakan kaum Dayak yang diislamkan lebih 500 tahun dahulu. Dan apa yang menarik, dalam legenda kaum Bisaya Sarawak yang turut membawa kepada legenda Visaya di Filipina, semasa pemerintahan Raja Makatunow (Alak Bertatar), ramai Datu Datu termasuk Datu Kedayan berhijrah ke Panay di Filipina sebelum membuka penempatan-penempatan lain di sana. Lagi sekali tercatat, kaum Kedayan telah wujud sebelum zaman Sultan Bolkiah.
Jika cerita-cerita legenda boleh dijadikan sandaran, sememangnya kaum Kedayan telah wujud di Brunei sebelum zaman Sultan Bolkiah lagi. Satu lagi, mitos Naga Kinabalu sebenarnya ada kaitan juga dengan kaum Kedayan ini.
Seterusnya, geliga naga inilah yang dicari oleh Ong Sum Ping. Ong Sung Ping ini hidup beratus tahun lebih awal dari Sultan Bolkiah. Tapi akhirnya mitos tetap mitos, tetapi di dalam kebanyakkan mitos, watak utamanya kebiasaannya memang wujud. (cerita ini terkandung di dalam koleksi sejarah awal Brunei sehingga tahun 1432 Masihi).
Penulis merujuk kepada beberapa tradisi lisan dan tulisan yang jarang diketengahkan mengenai asal-usul kaum Kedayan ini. Penulis cuma ingin membawa pembaca untuk menilai sendiri apakah kaum Kedayan ini pendatang atau sebenarnya memang asli Brunei dan memang asli Borneo ?
Sumber :
| Kaum Kedayan memang penduduk asli Brunei? |
Pendapat ini diperolehi melalui Buku The Oya Melanau tulisan Harold Stephen Morris yang memetik sumber - sumber Melanau :
Penduduk 'asel' Brunei ialah kaum Kedayan dan kaum pedalaman, tetapi bandar Brunei telah ditubuhkan oleh tujuh orang bersaudara dari Bukit Seguntan di Tanah Jawa yang telah membina rumah panjang di Brunei.
Juga disebut :
Pada masa itu penduduk Brunei bertutur dalam bahasa Kedayan Brunei tetapi telah dipengaruhi oleh bahasa Melayu.
Ada beberapa perkara yang menarik perhatian penulis berkaitan dengan asal usul bandar Brunei berdasarkan cerita lisan kaum Melanau ini. Diantaranya ialah, penduduk asal Brunei ialah kaum Kedayan dan penduduk pedalaman - mungkin Lun Bawang atau Bisaya. Alak Bertatar serta tujuh orang saudaranya membina rumah panjang. Rumah panjang juga merupakan identiti kaum Dayak. Dan seterusnya bahasa Kedayan Brunei sudah menerima pengaruh bahasa Melayu.
Perlu diingat juga yang kaum Melanau mempunyai hubungan sejarah yang agak panjang dengan kesultanan Brunei malah dalam syair Awang Semaun ada disebut kisah peperangan diantara kedua kerajaan ini yang mana berpuluh-puluh ribu kepala kaum Melanau telah dipenggal sebagai 'souvenior' oleh orang-orang Murut (Lun Bawang Brunei) yang menjadi tentera terpenting kepada angkatan Awang Semaun. Namun raja Brunei Alak Bertatar, enggan menerima kepala-kepala ini, baginda cuma berkenan akan harta rampasan perang. Di dalam Syair Awang Semaun disebut peristiwa kepala dipenggal ini:
Rakyat Simaun terlalu garang, beribu laksa (sepuluh ribu) dibuat geranjang, sekalian Murut, mana yang bujang, mengambil kepala memberi tunang.
Seribu seorang kepala olehnya, setengah membakar semua rumah, ada yang merampas pasu lutunya, lain merampas tajau buraknya.
Peristiwa serangan ke atas negeri Melanau di Igan. Sebelum menyerang Igan, kerajaan Brunei terlebih dahulu meminta kerajaan Tutong melalui wakil Pambakal Bangis untuk tunduk kepada Raja Alak Bertatar namun raja Muwangga menjelaskan yang mereka sebahagian dari pemerintahan raja Melanau iaitu Raja Basiung dan Tugaw. Amat jelas di sini angkatan tentera Brunei mengamalkan 'ngayau'. Dalam Syair Awang Semaun, tidak disebut nama bangsa pengasas kerajaan Brunei tetapi ramai pengkaji berpendapat mereka sama ada Murut (Lun Bawang) ataupun Bisaya.
| Kaum Kedayan itu kaum Dayak yang telah masuk Islam? |
Kalau kaum Kedayan itu asalnya kaum Dayak yang telah diislamkan, dari suku manakah mereka digolongkan ? Tidak ada kajian khusus mengenai status sama ada kaum Kedayan ini asalnya Dayak, tetapi berdasarkan maklumat yang berlegar dilaman sesawang, dari segi bahasa, dialek Kedayan ini juga amat mirip dengan dialek Dayak Kendayan atau Kanatyan, juga mirip dengan dialek Banjar dan beberapa suku kaum Dayak lain di Kalimantan.
Di Brunei misalnya,
Spencer St John dalam bukunya menyebut berdasarkan maklumat yang diperolehi beliau melalui seorang warga emas bernama Bujang, kaum Kedayan, orang Pebalat dan orang Perambat di Brunei berasal dari kaum Murut yang telah memeluk Islam beramai-ramai selepas perkahwinan Alak Bertatar dengan seorang puteri dari Johor.
Di dalam buku tersebut juga beliau menulis akan penemuan sebuah tapak perkuburan purba dengan tulang temulang di dalam tajau berhampiran dengan konsulat British yang berdasarkan maklumat setempat milik nenek moyang kaum Kedayan.
Dalam catatan lain berkaitan Lubang Kudih, Spencer St John juga ada menyebut yang kaum Kedayan ini menggunakan besi leper bulat sebagai penebat telinga tetapi ianya berbeza dengan tradisi kaum Kayan dan Kenyah yang menjadikan besi sebagai pemberat telinga.
Malah beberapa suku Dayak yang lain di Sarawak turut mengakui yang Awang Semaun merupakan hero dari masyarakat mereka antaranya kaum Iban, Bisaya dan sebagainya. Malah dalam bahasa Murut (Lun Bawang di Brunei), semaun atau si maun membawa maksud Yang Sangat Lama atau The Ancient One. Sang Sapurba ??
Dalam kajian lain terdapat bukti yang menunjukkan ramai kaum lain telah berasimilasi ke dalam kaum Kedayan.
Kedayan adalah Muslim, bertutur dalam dialek Melayu, oleh sebab itu dari semasa ke semasa, mereka mula diserap ke dalam kaum yang lebih dominan iaitu Melayu Brunei, berkahwin campur dengan mereka. Mereka (Kedayan) nampaknya bertindak sebagai 'buffer population' diantara kaum Melayu Brunei dan kaum minoriti pagan. Terdapat bukti jelas yang kaum Lun Bawang, Tutong dan Belait telah diserapkan ke dalam kaum Kedayan.
Jika di dalam artikel sebelumnya, penulis ada mengetengahkan peristiwa perang di antara Brooke dengan Brunei, buku The Continent Volume 4 tulisan Albion Wineger Tourgee dengan jelas menceritakan bagaimana rupa bentuk pakaian perang kaum Kedayan yang menyebelahi Pangeran Usop. Disebut :
'... memakai dastar yang dihiasi bulu burung pegar, memakai jaket berwarna merah dan memegang tombak, memakai kain berbentuk 'kilt' berwarna merah dan putih berpetak-petak yang menyerupai sarong (kain samping) Melayu, dilengan dan kaki dipasang gelang tembaga yang besar-besar ... '
'... dari kejauhan nampak jelas akan pengawal-pengawal Kedayan berjaket merah ... James Brooke berkata : mereka ini segaja menempah kehancuran bagi diri mereka ... '
Gambaran peristiwa di atas yang berlaku pada tahun 1846 mungkin sesuatu yang baharu bagi sesetengah kaum Kedayan itu sendiri. Gambaran pakaian yang digunakan ada sedikit mirip kaum Dayak cuma mereka tidak berchawat tetapi bersamping seperti kaum Melayu. Kemungkin mereka silap dalam menamakan kaum atau bangsa juga agak mustahil kerana selain dari tulisan di atas, tulisan lain juga menyebut yang peperangan tersebut ialah di antara Pangeran Usop yang disertai oleh 300 Kedayan dengan James Brooke dan pihak Pangeran Badrudeen dan Muda Hashim.
| Bangsa lain yang menggelar diri mereka Kedayan |
Selain dari Kedayan atau Kadayan yang berbudaya Brunei ini, ada beberapa suku kaum lain yang juga menggelarkan diri mereka dengan nama Kedayan/Kadayan pada suatu ketika dahulu. Antaranya ialah kaum Dusun Brunei, sebelum menggelarkan diri mereka Sang Jati Brunei, mereka menggunakan nama Sang Kedayan. Begitu jugalah halnya dengan beberapa suku kaum Dusun di Sabah. Sebelum penggunaan nama Dusun dipopularkan sesetengah kaum tersebut menggunakan gelaran Kadayan seperti Kadayan Rungus, Kadayan Tobilung, Kadayan Lotud, Kadayan Maragang dan sebagainya. Kadayan boleh dikatakan sama maksud dengan Kadazan. (sumber Dusun People)
Apapun yang pasti siapa nenek moyang kaum Kedayan itu masih menjadi misteri. Majoriti bersetuju yang kaum Kedayan itu lahir hasil perkahwinan campur diantara orang Jawa dengan kaum-kaum pribumi Brunei. Ada juga yang berpendapat kaum Kedayan memang penduduk asal Brunei dan merupakan kaum Dayak yang diislamkan lebih 500 tahun dahulu. Dan apa yang menarik, dalam legenda kaum Bisaya Sarawak yang turut membawa kepada legenda Visaya di Filipina, semasa pemerintahan Raja Makatunow (Alak Bertatar), ramai Datu Datu termasuk Datu Kedayan berhijrah ke Panay di Filipina sebelum membuka penempatan-penempatan lain di sana. Lagi sekali tercatat, kaum Kedayan telah wujud sebelum zaman Sultan Bolkiah.
Jika cerita-cerita legenda boleh dijadikan sandaran, sememangnya kaum Kedayan telah wujud di Brunei sebelum zaman Sultan Bolkiah lagi. Satu lagi, mitos Naga Kinabalu sebenarnya ada kaitan juga dengan kaum Kedayan ini.
Naga Kinabalu dikatakan anak kepada sepasang Kedayan dari Serusop Brunei, ibunya bernama Rubiah dan dia mempunyai seorang saudara lelaki bernama Datu Kadudong. Setelah badannya semakin membesar ia berpindah ke Tambalang. Namun Naga Kinabalu tetap melawat keluarganya sebulan sekali iaitu semasa bulan mengambang penuh dan turut membawa batu geliga naga bersamanya. Ia pernah dibawa menghadap raja Brunei di Lapau namun kerana tubuhnya yang besar, Lapau itu mengalami kerosakan. Setelah kematian ibu dan saudara lelakinya ia membawa diri ke Gunung Kinabalu.
Seterusnya, geliga naga inilah yang dicari oleh Ong Sum Ping. Ong Sung Ping ini hidup beratus tahun lebih awal dari Sultan Bolkiah. Tapi akhirnya mitos tetap mitos, tetapi di dalam kebanyakkan mitos, watak utamanya kebiasaannya memang wujud. (cerita ini terkandung di dalam koleksi sejarah awal Brunei sehingga tahun 1432 Masihi).
Nota :
Penulis merujuk kepada beberapa tradisi lisan dan tulisan yang jarang diketengahkan mengenai asal-usul kaum Kedayan ini. Penulis cuma ingin membawa pembaca untuk menilai sendiri apakah kaum Kedayan ini pendatang atau sebenarnya memang asli Brunei dan memang asli Borneo ?
Sumber :
- The Oya Melanau : Harold Stephen Morris
- Life in the Forest of the Far East with Numerous Illustrations Vol. 2 : Spencer St John
- The Continent Vol. 4 : Albion Wineger Tourgee
- Journal of East Asiatic Studies University of Manila Vol 8-9 : 1959
- Tarsilah Brunei - early history of Brunei up to 1432 AD Vol 1 : Mohd Jamil Al Sufri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.