11/08/2013

Pastau : Adat Berkabung Kedayan Lama




Kedayan pada umumnya beragama Islam. Tetapi seperti kaum-kaum Islam yang lainnya suatu ketika dahulu, ajaran Islam itu bercampur baur dengan budaya lama. Malah disesetengah tempat budaya lama pra Islam itu masih boleh ditemui. Begitu jugalah halnya dengan kaum Kedayan. Pastau atau adat berkabung ini kali terakhir direkodkan pada 1855 iaitu dalam 150 tahun yang lepas.

Menurut catatan dalam Sarawak Museum Journal 1949 Borneo menyebut :-

Sejarah pastau dapat dikesan terus kepada kaum Kedayan di persisiran Brunei suatu ketika dulu. Ia dipercayai ditiru daripada adat kuno golongan bangsawan di Brunei. Dalam kebiasaan tertentu pastau, orang ramai akan melemparkan kotoran kepada anak lelaki atau waris lelaki dari golongan atasan yang meninggal tadi.

Juga disebut :

Untuk upacara nyanyian pastau, lelaki dan wanita yang pernah menghadiri upacara pastau sebelumnya dan mengetahui beberapa rangkap lagu pastau dibenarkan mengambil bahagian. Walaupun mempunyai persamaan dengan adat Muah ( Muah Rejang Melanau ) tetapi lagunya ternyata berbeza.

Kebiasaan juga untuk pihak lelaki tadi akan membawa seorang hamba yang akan membawa pakaian persalinan untuk keperluan jika lelaki tadi ingin menukar pakaian.

Namun seperti yang disebut di dalam rekod Sarawak Museum Journal, tiada perincian yang diperolehi berkaitan adat pastau ini memandangkan semasa maklumat tersebut dikumpul pada tahun 1945, adat pastau yang diceritakan telah berlaku lebih 90 tahun lepas. Boleh dikatakan adat tersebut sudah ditinggalkan lebih 150 tahun selaras dengan kefahaman mengenai agama Islam dikalangan kaum Kedayan telah berkembang.




  1. Sumber : Sarawak Museum Journal. Sarawak Museum 1945 Borneo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.