11/29/2013

Kedayan Merapok Lawas 1893



Catatan ringkas berkenaan Kedayan di Merapok Lawas oleh John Whitehead.

Setelah berkayuh sekian lama, kami mendarat di perkampungan Kedayan dan mereka menjamin yang orang Murut mempunyai hubungan yang baik dengan mereka, dan cerita-cerita yang diperolehi dari pihak Brunei merupakan rekaan semata-mata kerana mereka tidak mahu kami mempunyai hubungan dagang dengan orang Murut.

Mengenai rumah orang Kedayan, beliau menulis :

Orang Kedayan meminjamkan kami sebuah rumah lama, yang mana penghuni sebelumnya berpindah ke rumah jiran dengan semua pekakas.  Rumah ini sama seperti rumah-rumah yang dipernah diceritakan sebelum ini, cuma rumah ini dibina agak tinggi dari tanah dengan tiang-tiang kayu keras yang disebut beliong. Ada dua sebab kenapa ia di bina sedemikian, pertama untuk menghadapi banjir dan kedua untuk menghadapi serangan puak-puak pedalaman. Bukan mudah untuk masuk ke pintu utama memandangkan seseorang perlu mendaki 15 kaki dan pada waktu malam tangga ini akan ditarik masuk ke dalam rumah.

Model-model kecil permainan anak-anak Kedayan :

Di dalam rumah, orang Kedayan meninggalkan beberapa model mainan kanak-kanak, satu-satunya percubaan untuk membina model kecil untuk menarik perhatian kanak-kanak yang pernah saya jumpai di Borneo. Permainan kanak-kanak tersebut terdiri daripada beberapa model perahu tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah model seekor binatang di atas roda empat, yang pada pandangan saya lebih menyerupai arnab walaupun saya diberitahu ianya sebenarnya model seekor kerbau.

Murut yang menjadi Kedayan :

Pada suatu petang kami menerima tetamu orang Kedayan tempatan yang ingin berbual dengan Kedayan dari Labuan. Seorang atau dua daripada mereka ini asalnya kaum Murut tetapi telah memeluk Islam dan kini menggelarkan diri mereka sebagai orang Kedayan. Kadang-kadang mereka berbual mengenai masa silam mereka yang mana mereka pernah mengayau.


Sumber: 
  1. Exploration of Mount Kina Balu North Borneo. John Whitehead.
  2. Cornell University Library.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.